Sebab perlu memberi perhatian kepada risiko pasaran
Bayangkan anda telah menghabiskan berjam-jam untuk merancang satu dagangan dan telah mempertimbangkan segala-galanya: daripada indikator teknikal kepada renti rugi yang ketat serta sasaran keuntungan yang realistik. Nampak sempurna, bukan? Kemudian, secara tiba-tiba Fed mengumumkan kenaikan kadar yang tidak dijangka, S&P 500 jatuh dan peristiwa geopolitik menggegarkan pasaran. Anda berasa seperti seluruh dunia telah menentang anda. Namun, tidak juga: ia hanya risiko pasaran. Anda tidak boleh terlebih menganalisis atau menghapuskannya tetapi anda boleh belajar untuk menghormatinya. Jika anda serius untuk berdagang bagi jangka masa panjang, anda perlu memahami cara ia berfungsi.
Jenis-jenis risiko pasaran yang utama

Risiko pasaran hadir dalam bentuk yang berbeza-beza, bergantung pada kelas aset yang anda dagangkan. Lihat jadual: setiap risiko ini boleh (dan, sebagai peraturan, boleh) mempengaruhi pasaran, walaupun dagangan atau aset anda tidak ada kaitan dengan peristiwa tersebut secara langsung.
Jenis risiko | Maksudnya | Contoh |
Risiko ekuiti | Harga saham/indeks jatuh | Kejatuhan S&P500 selepas kenaikan FED |
Risiko kadar faedah | Harga bon/saham bergerak mengikut dasar bank pusat | Saham teknologi jatuh pada kenaikan kadar |
Risiko matawang | Anjakan kadar FX menjejaskan dagangan antarabangsa | Kemeruapan EURUSD pasca mesyuarat ECB |
Risiko komoditi | Kejutan harga minyak, logam, tenaga | Minyak naik 20% semasa konflik di Timur Tengah |
Makro/geopolitik | Peristiwa global memberi kesan kepada semua aset | Perang, inflasi, sekatan |
Contoh dunia sebenar yang perlu diketahui oleh setiap trader
Peristiwa risiko pasaran bersejarah ini menyebabkan pergerakan mendadak dan besar-besaran, yang sering menjejaskan dagangan yang dianggap selamat.
Pada bulan Mac 2020, pandemik COVID-19 melanda, yang menyebabkan saham selamat turun lebih 30% dalam masa beberapa hari sahaja. Kecairan terjejas dan renti rugi tergelincir.
Pada musim bunga tahun 2025, tarif Trump di Asia menyebabkan S&P 500 menjunam lebih 20% hanya dalam beberapa minggu. Saham-saham teknologi dan eksport yang tinggi mengalami kerugian besar. Bahkan trader dengan setup jangka pendek turut mengalami kemeruapan.
Pada bulan Jun tahun 2025, semasa konflik AS-Israel dengan Iran, minyak melonjak 20% dalam satu minggu.
Ini bukan masalah carta atau dagangan yang buruk, ia merupakan contoh risiko pasaran yang melanda.
Cara risiko pasaran mempengaruhi dagangan anda
Meremehkan risiko pasaran boleh menyebabkan kerugian yang besar dan tidak dijangka. Peringatan awal bertujuan untuk persediaan dan perancangan. Jadi, lihatlah empat kemungkinan kesan risiko pasaran ini.
Anda ada setup yang kukuh? Anda masih boleh rugi apabila panik melanda. Sentimen sering mengatasi analisis, bahkan berita baik turut diabaikan.
Lonjakan kemeruapan menyebabkan spread dan slippage meningkat secara mendadak.
Lonjakan korelasi mungkin berlaku, apabila semuanya jatuh serentak.
Renti rugi boleh tergelincir dalam senggang harga (peristiwa semalaman atau volum tinggi).
Kesimpulan: risiko pasaran tidak mempedulikan analisis teknikal anda (TA) (itu bukan alsan untuk mengabaikan TA). Risiko pasaran mungkin kelihatan seperti kuasa yang sangat kuat yang boleh memadamkan semua usaha anda dalam sekelip mata dan tiada apa yang boleh anda lakukan untuk menghentikannya. Jangan risau, ia bukan seteruk itu kerana anda boleh belajar cara untuk menentangnya.
Perkara yang boleh anda lakukan berkenaan risiko pasaran

Risiko pasaran tidak dapat dielakkan tetapi anda boleh meletakkan diri anda secara lebih bijak. Berikut disenaraikan beberapa petua.
Mempelbagaikan merentas kelas aset.
Jangan pertaruhkan semuanya pada satu peluang. Memegang campuran saham, bon, tunai dan komoditi boleh membantu mengurangkan kesan sebarang kejutan.
Gunakan renti rugi yang betul dan anggaplah ia mungkin tergelincir dalam peristiwa kejatuhan.
Renti rugi itu penting tetapi slippage boleh berlaku semasa peristiwa yang tidak menentu. Jadi, anda mungkin perlu cuba renti rugi yang lebih luas pada masa-masa seperti itu. Trader profesional mungkin juga akan melindung nilai posisi mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai slippage, sila baca artikel FBS bertajuk Slippage dalam Forex dan Cara Mengelaknya.
Kecilkan saiz posisi sebelum peristiwa besar
Menjelang peristiwa makro yang belum selesai (mesyuarat Fed, pengumuman CPI, musim perolehan, undian geopolitik), kurangkan saiz posisi anda atau kekalkan tunai. Kadangkala, mengurangkan tindakan atau tidak melakukan sebarang tindakan juga merupakan satu strategi.
Sentiasa ambil tahu tentang peristiwa pada kalendar
Sentiasa peka dengan Daftar Gaji Bukan Perladangan (NFP), mesyuarat FOMC dan pengumuman bank pusat (seperti ECB) membantu anda merancang dengan sewajarnya. Ketahui cara menggunakan data NFP dan CPI dalam perdagangan dalam artikel ini.