FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

31 Jul 2025

Strategi

Apa Itu Trading Berfrekuensi Tinggi (HFT) Dan Bagaimana Ia Berfungsi?

Apa Itu Trading Berfrekuensi Tinggi (HFT) Dan Bagaimana Ia Berfungsi?

Tidak semua orang bermain permainan yang sama dalam dunia trading. Setiap orang ada strategi, set pengetahuan, dan toleransi risiko mereka yang tersendiri. Sesetengah trader lebih suka menggunakan opsyen, atau suka menggunakan data dan alat seperti analisis teknikal, indikator ekonomi, dan buku pesanan untuk trade dengan lebih termaklum. Ada pelabur kasual yang memberikan wang mereka kepada dana bersama untuk melaburkannya bagi pihak mereka, atau membeli saham dan melupakannya selama bertahun-tahun, dengan harapan pelaburan akan berkembang dengan sendirinya. Trader intrahari melompat masuk dan keluar dari pasaran dalam satu hari, mengejar pergerakan jangka pendek.

Sesetengah trader berada pada tahap yang sangat berbeza. Mereka menggunakan apa yang dipanggil trading frekuensi tinggi, dan tidak bergantung pada naluri atau berita terkini. Mereka bukanlah trader biasa-biasa yang bekerja dari rumah atau menggunakan telefon pintar mereka. Para trader ini bekerja untuk firma besar yang menggunakan komputer yang boleh membuat keputusan dan melaksanakan urusniaga dalam mikro saat. Jadi, apakah itu trading berfrekuensi tinggi? Bagaimana ia berfungsi, bagaimana ia mempengaruhi semua orang lain di pasaran, dan bagaimana ia telah berkembang? Jom kita rungkaikan.

Definisi HFT

Trading berfrekuensi tinggi (HFT) adalah sejenis trading jangka pendek, berkelajuan tinggi, dalam jumlah besar yang berasaskan komputer di mana mesin melakukan semua kerja. Pembelian dan penjualan berlaku melalui algoritma yang diprogramkan oleh pekerja yang bekerja untuk firma besar, bank, dan institusi kewangan. Program-program ini adalah baris-baris kod yang memberitahu komputer bila dan cara untuk trade.

Sistem HFT bergerak jauh lebih pantas dan dengan kuantiti yang lebih besar berbanding mana-mana trader manusia atau trader biasa boleh lakukan. Urusniaga berlaku dengan begitu pantas sehingga berlaku dalam milisaat atau mikro saat, membolehkan para trader meletakkan berjuta-juta urusniaga dalam beberapa saat sahaja. Manusia masih perlu memantau keadaan, untuk mengelakkan ia menjadi tidak terkawal.

Idea di sebalik HFT bukan untuk membuat keuntungan yang besar pada setiap urusniaga. Oleh kerana ia berlaku dengan sangat pantas dan dengan ketepatan yang hanya boleh dicapai oleh komputer, ia boleh memperoleh keuntungan kecil daripada turun naik harga yang kecil berulang kali. Kerana sistem ini sangat pantas dan mengendalikan jumlah urusniaga yang begitu banyak, keuntungan kecil itu akan menimbun jua akhirnya.

Terdapat dua cara utama syarikat menggunakan HFT. Yang pertama dipanggil execution trading. Maksudnya di situ, sebuah komputer membantu melaksanakan pesanan yang besar sambil berusaha mendapatkan harga terbaik. Pendekatan lain mencari peluang kecil dan jangka pendek untuk menjana wang. Algoritma akan mengesan perbezaan harga yang kecil yang bertahan hanya beberapa saat atau kurang, dan memanfaatkannya.

Bagaimana dana menggunakan HFT?

Bagaimana dana menggunakan HFT?

Algoritma

Sebelum apa-apa urusniaga dilakukan, firma menulis kod algoritma kompleks yang boleh membaca data pasaran masa-nyata. Program-program ini mencari perubahan harga, lonjakan pada volum, dan petunjuk lain yang mungkin menandakan kewujudan peluang.

Pola

Mereka kemudian menggunakan program ini untuk mencari pergerakan kecil dan jangka pendek. Ini boleh berupa saham yang sedikit dinilai rendah, atau penurunan pantas yang mungkin akan pulih semula. Urusniaga seperti ini boleh dibuka dan ditutup dalam beberapa saat, atau lebih singkat lagi.

Kelajuan

Algoritma ini berfungsi secara automatik. Ia membuka urusniaga secara automatik dengan kelajuan sepantas kilat, tanpa sebarang pengawasan manusia. Kelajuan seperti ini memberikan kelebihan yang bukan kepalang kepada sesebuah firma.

Volum

Oleh kerana HFT sangat pantas dan automatik, ia boleh menghasilkan ribuan untung kecil berulang kali. Satu urusniaga tunggal mungkin meraih hanya seperatusan kecil daripada satu sen. Tetapi ulangi itu beberapa juta kali, dan ia mula bertambah.

Arbitraj

Program ini juga boleh mencari perbezaan harga antara bursa. Kadangkala saham yang sama sedikit lebih murah di satu bursa berbanding bursa yang lain. Ini mungkin hanya beberapa sen atau sepecahan kecil daripada satu sen. Sistem HFT akan mengenal pasti senjang harga itu dan mengeksploitasinya, trade di kedua-dua pasaran sebelum sesiapa perasan, sehingga senggang harga itu terisi.

Kelebihan trading berfrekuensi tinggi

HFT memainkan peranan yang besar dalam cara pasaran moden berfungsi. Sesetengah orang melihatnya sebagai penggunaan teknologi yang bijak, manakala yang lain menganggapnya sebagai sistem yang dimanipulasi.

Komputer yang berkuasa tinggi boleh melakukan ribuan urusniaga dalam sepecahan kecil daripada satu saat. Kelajuan seperti itu membolehkan firma besar memindahkan jumlah wang yang sangat besar hampir serta-merta. Ia membolehkan mereka menjana wang daripada swing-swing harga terkecil dengan menggunakan suatu jumlah modal yang besar dan kelajuan yang tinggi. Ini sudah tentu sesuatu yang trader biasa-biasa tidak mampu lakukan.

Oleh urusniaga berfrekuensi tinggi menggunakan kelajuan tinggi dan volume yang tinggi, ia sebenarnya membantu memastikan pasaran kekal cair. Kecairan yang lebih banyak di pasaran memudahkan orang ramai untuk membeli dan menjual tanpa menyebabkan perubahan harga yang besar. Itu bagus untuk semua orang, terutamanya pelabur biasa. Ia juga mengecilkan jurang antara harga yang disanggupi untuk membeli (bida) dan menjual (tanya). Jurang harga ini dipanggil spread bid-ask. Spread yang lebih sempit bermakna harga yang lebih baik.

Pada tahun 2012, Kanada memperkenalkan fi untuk memperlahankan trading berfrekuensi tinggi. Ini dilakukan untuk menjadikan trading lebih adil dan mengurangkan bilangan pesanan di bursa. Ini mengakibatkan kecairan mengurang dalam pasaran, bagaimanapun, dan jurang bida-ask menjadi lebih luas. Itu bermakna urusniaga menjadi sedikit lebih mahal untuk semua orang, terutamanya untuk para pelabur marhaen yang cuba dibantu oleh fi ini.

Keburukan perdagangan berfrekuensi tinggi

HFT juga telah menerima banyak kritikan. Satu komplen yang utama adalah ia menyisihkan manusia. Bukannya orang sebenar yang membuat keputusan trading, tetapi algoritma yang mengendalikan semuanya. Program-program ini bertindak balas dalam milisaat, jadi ia jauh lebih pantas daripada yang terlintas di fikiran sesiapa pun. Ia adalah sejenis kelajuan yang tidak dapat disaingi oleh mana-mana manusia.

Pada tahun 2010, Dow Jones Industrial Average jatuh sekitar 1000 poin dalam masa hanya 20 minit. Ini dikenali sebagai "Flash Crash." Penyiasat mendapati bahawa satu pesanan besar tunggal telah mencetuskan satu gelombang urusniaga penjualan automatik, yang menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Akhirnya, kejatuhan tersebut diselesaikan dan Dow pulih dengan cepat, tetapi kerosakan telah berlaku, dan ini menunjukkan risiko yang terkait dengan HFT.

Sesetengah pihak melihat HFT sebagai tidak adil. Firma trading gergasi membelanjakan berjuta-juta untuk kabel yang lebih pantas, pelayan yang lebih baik, dan kod yang lebih pintar, dan mereka mempunyai jumlah modal yang besar untuk trade. Semua ini memberi mereka kelebihan yang besar berbanding firma yang lebih kecil dan orang kebanyakan.

"Ghost liquidity” adalah situasi bilamana firma HFT menghantar pesanan beli atau jual, tetapi membatalkannya dengan hampir serta-merta. Ia mencipta ilusi aktiviti dan kecairan dalam pasaran. Sebaik sahaja anda membuka pesanan, kecairan sudah hilang kerana pesanan telah dibatalkan. Ini mengecewakan pelabur biasa yang melihat bahawa ada seseorang sanggup membayar harga tertentu untuk suatu saham, tetapi peluang itu hilang sebaik sahaja mereka cuba bertindak.

Bagaimana HFT berkembang

Bagaimana HFT berkembang

Trading berfrekuensi tinggi, atau HFT, telah menjadi sebahagian daripada pasaran saham selama bertahun-tahun. Ia mencapai kemuncak pada tahun 2009 apabila ia membentuk sekitar 60% daripada semua volume urusniaga di AS. Itu bermakna 60% urusniaga dibuat oleh komputer. Hari ini, angka itu adalah kira-kira 50%. Eropah menyertai permainan HFT sedikit lewat, mencapai kemuncak pada tahun 2010, dan kemudian turut menyusut sedikit.

Namun, keuntungan yang dijana oleh HFT telah berubah. Pada tahun 2009, firma-firma AS meraih lebih $7 bilion daripada HFT. Pada tahun 2017, mereka meraih kurang daripada $1 bilion. Apa yang telah terjadi? Lebih banyak firma mula menggunakan teknologi ini, jadi persaingan menjadi lebih sengit, dan kemeruapan pasaran mereda. Kos untuk kekal berdaya saing juga semakin mahal dengan kos yang meningkat.

Firma-firma mula membelanjakan lebih banyak wang untuk teknologi dan data yang lebih pantas. Sesetengah firma mula membayar mahal untuk menyewa ruang supaya dapat meletakkan pelayan mereka sedekat yang mungkin dengan komputer bursa saham. Ini dipanggil co-location, dan digunakan untuk menerima data dari bursa saham sebelum pemain lain, memberikan kelebihan beberapa mikro saat. Bursa, setelah melihat permintaan seperti ini, telah menaikkan fi mereka untuk akses data dan ruang server.

Dark pools juga telah menjadi lebih popular. Ini adalah bursa swasta di mana pelabur besar trade secara rahsia. Urusniaga ini tidak muncul dalam buku pesanan awam dan aliran data yang digunakan oleh algoritma HFT, yang bermaksud mereka tidak mempunyai gambaran penuh apabila membuat urusniaga yang telah diprogramkan untuk dikesan, dan oleh itu menghasilkan keuntungan yang lebih sedikit.

Banyak firma HFT telah mula bergabung. Syarikat yang lebih besar sedang membeli syarikat yang lebih kecil untuk terus bertahan dan mengekalkan kelebihan. Virtu, sebuah syarikat trading berfrekuensi tinggi, kini mengendalikan sekitar 20% urusniaga di pasaran AS.

Badan kawal selia juga semakin giat memberikan perhatian. Peraturan sedang berubah, dan apa yang dahulu dibenarkan kini sedang dikawal. Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) sebenarnya telah mengeluarkan denda dan membuka siasatan ke atas firma-firma trading berfrekuensi tinggi kerana memanipulasi harga dan trader serta bermain dengan "ghost liquidity".

Akhir kata

Boleh dikatakan bahawa kemajuan teknologi telah banyak membantu trader marhaen berbanding menyusahkan mereka. Pada tahun 80-an, anda perlu menghubungi broker anda untuk berurusniaga, membayar fi yang tinggi, dan memantau harga pasaran melalui TV atau surat khabar keesokan hari. Ia proses yang berbeza sama sekali. Kini, anda boleh trade dengan serta-merta, selalunya dengan sedikit atau tanpa sebarang fi, dari rumah anda yang selesa, atau bahkan dari poket anda. Anda mempunyai akses masa-nyata kepada data, carta, dan alat yang sebelum ini hanya tersedia untuk golongan profesional. Teknologi benar-benar telah membuatkan padang permainan sama rata untuk pelabur biasa.

Pada masa yang sama, teknologi juga telah membantu firma besar dan membuka pintu kepada sistem kompleks seperti trading berfrekuensi tinggi, yang membawa satu set soalan baru, salah satunya ialah: Adakah HFT itu beretika? Jika hanya pemain terbesar boleh menentukan rentak dan menang, sementara pelabur marhaen hanya boleh bertindak balas terhadap pergerakan yang mereka sendiri tidak dapat lihat, adakah itu benar-benar adil?

Sesetengah pihak berhujah bahawa HFT memberikan lebih banyak manfaat daripada mudarat. Ia menjadikan pasaran lebih pantas, lebih cekap, dan selalunya lebih murah untuk didagangkan. Ada yang mengatakan ia hanyalah cara bagi golongan berkuasa untuk kekal di hadapan dalam permainan yang telah diatur dan meninggalkan semua orang lain di belakang. Sama ada ia adil atau tidak, ia tidak mengubah hakikat bahawa HFT wujud dan merupakan sebahagian daripada realiti hari ini. Jadi, jika anda ingin memahami bagaimana pasaran berfungsi hari ini, adalah penting untuk mengetahui tentang HFT dan memahami cara ia berfungsi, kerana banyak perkara berlaku di sebalik tabir.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: The Bentley, #16 Cor A Street & Princess Margaret Drive, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.