FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

31 Jul 2025

Analisis teknikal

Pemangkasan dalam Teori Elliott Wave

Cover_(Main).jpg

Elliott Waves adalah suatu kaedah analisis teknikal secara grafik yang berteraskan pengecaman kitaran gelombang pergerakan harga yang berulang-ulang. Menurut kaedah ini, ada pelbagai jenis gelombang, dan dalam keadaan tertentu, fenomena seperti pemangkasan boleh muncul.

Apa itu pemangkasan dalam perdagangan?

Dalam kebanyakan impuls, gelombang kelima Elliott berlanjutan melebihi ekstremum gelombang ketiga, tetapi adakalanya gelombang kelima tidak sampai pun ke penghujung gelombang ketiga. Fenomena ini dipanggil "truncated wave" atau gelombang terpangkas. Dalam erti kata lain, adakalanya gelombang kelima boleh menjadi lemah dan berakhir tanpa mencapai penghujung/bucu gelombang ketiga. Situasi seperti ini boleh berlaku pada gelombang kelima suatu impuls atau pepenjuru penamat. Adalah jarang-jarang, kalau pun ianya tidak mustahil, untuk kita temui gelombang kelima terpangkas bagi pepenjuru pemula. Biasanya, pemangkasan berlaku selepas gelombang ketiga yang kuat. Anda boleh menjejaki pergerakan pelbagai jenis gelombang di platform perdagangan.

Contoh sebenar untuk pemangkasan

Seperti yang anda boleh lihat pada carta di bawah, terdapat impuls ke atas di dalam gelombang ((i)) dengan lanjutan besar pada gelombang (iii). Gelombang (iv) habis terbentuk sebagai pola rata (kami akan membincangkannya di dalam artikel seterusnya). Terdapat juga pergerakan harga lima gelombang dari titik akhir gelombang (iv), yang diikuti oleh penurunan. Oleh itu, gelombang kelima pada gelombang ((i)) ternyata terpangkas.

image_1.jpg

Jenis-jenis gelombang terpangkas

Gelombang Elliott terpangkas terdiri dari dua jenis:

Gelombang impuls (impulse wave)

Gelombang impuls (impulse wave) ialah pergerakan pasaran terarah yang berasingan yang menentukan arah trend dan jenis gelombang pemacu (driving wave) yang paling lazim ditemui. Dalam suatu impuls, gelombang keempat tidak bertindih dengan wilayah gelombang pertama.

Gelombang pepenjuru (diagonal wave)

Gelombang pepenjuru mewakili pola pergerakan yang belum menjadi impuls justeru kerana kehadiran satu atau dua ciri pembetulan (correctional traits). Untuk segi tiga pepenjuru, seperti dengan gelombang impuls, ciri utamanya ialah tiada satu pun daripada sub-gelombang yang bertentangan boleh berpatah balik lebih daripada saiz sub-gelombang aktif yang terakhir.

Terdapat perbezaan antara gelombang pepenjuru pemula dan pepenjuru penamat. Pepenjuru penamat adalah gelombang khas yang berkembang menggantikan gelombang kelima apabila pergerakan gelombang ketiga terdahulu bergerak terlalu cepat dan terlalu jauh seperti yang Elliott terangkan.

Bagaimana untuk mengenal pasti pemangkasan

Adalah agak mencabar untuk mengenali pemangkasan bila mengira gelombang dalam masa nyata, jadi berikut diberikan beberapa petua:

1. Dalam kebanyakan kes, pemangkasan terbentuk dalam bentuk beberapa impuls dengan gelombang ketiga yang besar. Oleh itu, dalam kes seperti itu, kita harus waspada dengan kebarangkalian kegagalan gelombang kelima.

2. Pada masa yang sama, kita sentiasa ada pilihan jika kita mempunyai pergerakan harga lima gelombang dari titik akhir untuk gelombang keempat. Tetapi pasaran tidak bergerak melepasi penghujung gelombang ketiga. Dalam situasi seperti ini, pergerakan harga lima gelombang boleh menjadi gelombang satu untuk gelombang kelima atau menjadi gelombang kelima itu sendiri. Yang penting di sini adalah apa yang berlaku selepas pergerakan harga lima gelombang ini selepas gelombang yang keempat. Jika kita mempunyai pembetulan tiga gelombang tempatan, maka ada kemungkinan gelombang kelima akan diteruskan. Walau bagaimanapun, jika pergerakan harga lima gelombang terbentuk, kita harus bersedia untuk menghadapi pemangkasan dalam gelombang kelima.

3. Seperti yang kita lihat pada carta di bawah, kadang-kadang kita boleh menghadapi pemangkasan walaupun gelombang ketiga tidak besar. Di sini gelombang ((3)) adalah sedikit lebih daripada gelombang ((1)), tetapi gelombang ((5)) tidak dapat memecahkan paras rendah gelombang ketiga. Kes seperti ini biasanya berlaku apabila trend yang lebih besar kehabisan momentum. Agar lebih jelas, adalah sangat berisiko untuk cuba mengenal pasti pemangkasan dalam masa nyata, jadi kita hanya boleh membuat anggapan begitu apabila pergerakan harga lima gelombang terbentuk dalam arah yang bertentangan.

image_2.jpg

4. Mari kita beralih ke contoh seterusnya, yang menunjukkan situasi dengan pemangkasan yang kecil. Tinggi gelombang ((v)) adalah lebih rendah sedikit daripada titik akhir gelombang ((iii)). Penurunan lima gelombang tiba selepas itu, yang mengesahkan bahawa pemangkasan telah berlaku. Perhatikan betapa gelombang ((iii)) adalah panjang, yang menunjukkan kemungkinan terjadinya pemangkasan.

image_3-1.jpg

5. Selain itu, gelombang kelima bagi pola pepenjuru penamat juga boleh terpangkas. Seperti yang anda mungkin sudah tahu, dalam kebanyakan kes, pepenjuru penamat terdiri daripada zigzag, jadi gelombang kelima terpangkas di pola ini boleh terbentuk seperti zigzag, bukan pergerakan harga lima gelombang seperti dalam impuls. Adalah lazim untuk menemui pemangkasan dalam pepenjuru penamat yang sedang berkembang kerana terdapat logik yang sama seperti dalam gelombang impuls. Gelombang ketiga pepenjuru yang telah berkembang biasanya lebih panjang daripada gelombang pertama, jadi pasaran sudah lelah dan gelombang kelima tidak mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk mencapai titik akhir gelombang ketiga.

image_4-1.jpg

6. Terdapat satu lagi petua untuk mengenali pemangkasan dalam mengembangkan pepenjuru. Oleh kerana gelombang kelima sepatutnya berbentuk zigzag, gelombang C pola ini boleh menjadi suatu pepenjuru penamat. Oleh itu, jika titik penghujung suatu pepenjuru dalam gelombang C gelombang kelima tidak mencapai ekstremum gelombang ketiga, terdapat kebarangkalian yang munasabah untuk mempunyai pemangkasan. Contoh situasi ini boleh dilihat pada carta di bawah. Terdapat pullback dari bahagian atas pepenjuru, yang membawa kepada rali bearish besar-besaran.

image_5-1.jpg

Kesimpulan

Menurut kaedah Elliott, gelombang kelima impuls atau pepenjuru penamat boleh terpangkas. Bentuk gelombang Elliott terpangkas kelima tidak terjejas. Dalam gelombang-gelombang impuls, pemangkasan terbentuk sebagai impuls atau pepenjuru, dan dalam gelombang pepenjuru sebagai zigzag. Pemangkasan dalam gelombang kelima pepenjuru pemula amat jarang berlaku. Pergerakan harga lima gelombang dalam arah bertentangan mengesahkan pemangkasan.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: The Bentley, #16 Cor A Street & Princess Margaret Drive, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.